19 May 2010

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010










Gambar-Gambar Sekitar Sukaneka


Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan 2010 telah diadakan pada 29/5/2010 bertempat di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Dato' T.Murugaiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sambutan dimulakan dengan senamrobik, pertandingan gubahan, pertandingan masakan, menghias kek, futsal, karaoke lagu patriotik dan seterusnya acara sukaneka perpaduan. Antara acara sukaneka perpaduan ialah boling kelapa, terompah gajah, kaki hantu, rakit darat, penyelamat bomba, lari pelayan, lari bawa belon, lari dalam guni, pancing botol. Acara yang menarik ialah khas untuk Pengerusi KRT iaitu Suami mekap Isteri. Acara untuk VIP ialah tendang penalti ikut belakang.
Terdapat 2 KRT yang membuka gerai iaitu KRT Badak dan Kubang Telaga.
KRT yang terlibat dengan acara sukaneka adalah :

1. Gubahaan Kain Lepas danJalur Gemilang - KRT Teluk Mesira
2. Masakan Kueh Tradisional Ubi Kayu dan Menghias Kek - KRT Gunung
3. Futsal Jiran Muda - KRT Tok Jawa
4. Boling Kelapa - KRT Pantai Baru
5. Terompah Gajah - KRT Alor Ganu
6. Kaki Hantu - KRT Sg. Dua
7. Rakit Darat - KRT Seneng
8. Penyelamat Bomba - KRT Kubang Telaga
9. Lari Pelayan - KRT Kolam
10. Lari Bawa Belon - KRT Rusa
11. Lari Dalam Guni (Lelaki) - KRT Pengkalan Baru
12. Lari Dalam Guni (Wanita) - KRT Pantai Baru
13. Pancing Botol - KRT Tanjung Takang
14. Karaoke - KRT Beris Kubur Besar

No comments: