27 December 2009

MAJLIS CERAMAH 1 MALAYSIA DAN PERJUMPAAN AKHIR TAHUN






Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kota Bharu/Bachok/Pasir Puteh mengadakan Majlis Ceramah 1 Malaysia dan Perjumpaan Akhir Tahun pada 26/12/2009 jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Petra, SMK Sultan Ismail Petra, Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Bharu, Kelantan. Semua Pengerusi dan Bendahari dijemput hadir.

Majlis diatas diadakan bagi memberi penerangan berkenaan Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Pada sebelah petang pula ceramah berkaitan dengan Pengurusan Kewangan Rukun Tetangga. Ceramah ini disampaikan sendiri oleh Tn. Hj. Abd. Hadi bin Salleh, Pengarah JPNIN Kelantan. Tujuan ceramah ini diberi ialah bagi mempastikan akaun KRT diselenggara dengan baik mengikut garis panduan yang dibekalkan.

Bagi mempastikan setiap KRT dalam daerah Bachok mendapat manafaat tersebut, Pn. Fazilawati bin Ibrahim, Pen. Pegawai Perpaduan Daerah Bachok telah menjemput semua Pengerusi dan Bendahari hadir pada majlis tersebut.

06 December 2009

Majlis Perpisahan

Tetamu mengambil tempat
Pengacara Majlis


Ucapan Aluan oleh Pengerusi Penyelaras

Ucapan En. Hashim bin Mohamad

Ucapan Perasmian Cik Puan Wan Zumaiza, Timb. Pengarah JPNIN Kelantan

Para Jemputan
Cenderahati disampaikan kepada En. Hashim oleh Cik Puan Wan Zumaiza
Majlis Perpisahan En. Hashim bin Mohamad dan Meraikan Pn. Fadzilawati bt. Ibrahim telah diadakan pada 24/11/2009 di Chalet Sri Pantai, Sg. Dua, Bachok, Kelantan. Tujuan diadakan majlis tersebut bagi memberi penghargaan kepada En. Hashim bin Mohamad selaku Pegawai Perpaduan Daerah Bachok yang menjawat jawatan baru sebagai Pegawai Perpaduan dan bertukar ke Kuala Lumpur. Disamping itu juga meraikan kehadiran pegawai baru di Bachok iaitu Pn. Fadzilawati bt. Ibrahim.
Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JPNIN Kelantan Cik Puan Wan Zumaiza, Tn. Hj. Nik Yusof Nik Mat Pengerusi Penyelaras RT Bachok, Ketua Polis Bachok, AJK Penyelaras, Pengerusi-Pengerusi dan ahli-ahli KRT.
Majlis dimulakan dengan majlis BBQ dan jamuan makan. Selepas diadakan majlis ucapan dan penyampaian hadiah. Sebelum majlis berakhir nyanyian karaoke oleh peserta KRT diadakan. majlis tamat jam 11.30 malam