29 June 2011

BENGKEL KEPIMPINAN PENGERUSI-PENGERUSI KRT DAERAH BACHOK

PESERTA BENGKEL KEPIMPINAN PENGERUSI-PENGERUSI KRT DAERAH BACHOK








Penyelaras KRT Daerah Bachok dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Bachok dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan telah mengadakan Bengkel Kepimpinan Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Bachok pada 10 - 12/7/2011 bertempat di Sha-Rila Resort, Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
Tujuan diadakan bagi memperkukuhkan jati diri pemimpin dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Daerah Bachok. Pengisian program ini (ceramah, bengkel, latihan dalam kumpulan) digubal sedemikian rupa untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pengerusi-pengerusi KRT akan cara tadbir urus KRT yang baik. Ini untuk memastikan tiada KRT di Daerah Bachok ini tertinggal di belakang tanpa ada usaha untuk mengerakkannya.

Objektif
1. Memberi pendedahan kepada pengerusi-pengerusi KRT akan kaedah pengendalian KRT secara berkesan.
2. Memberi maklumat yang sepatutnya untuk pengerusi-pengerusi KRT ini menjalankan tugas memimpin KRT masing-masing
3. Membuka peluang kepada pengerusi KRT menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk dijadikan pedoman dalam memajukan KRT masing-masing
4. Memupuk hubungan baik sesama pengerusi-pengerusi KRT Daerah Bachok


Bengkel ini dirasmikan oleh YABrs. Tn. Hj. Abd. Hadi bin Mohd. Salleh, Pengarah JPNIN Negeri Kelantan.

SUKANEKA TADIKA PERPADUAN
































Pada 25/6/2011 Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Bachok telah mengadakan Hari Sukaneka Tadika Perpaduan Daerah Bachok bertempat di Padang Sek. Men. Bachok. Majlis tersebut dirasmikan oleh YABrs. Tn. Hj. Ab. Hadi bin Salleh, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan.