12 October 2012

GERAN KRT

Semasa bercakap kepada pemberita di USM ketika Taklimat Akta Rukun Tetanga 2012,  Tan Sri Dr. Koh Tsu Khon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu bahawa elaun RT sebanyak RM200.00 dinaikkan kepada RM500.00.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah geran dan bukannya elaun. Kalau dahulu RM200.00 x 12 bulan sebanyak RM2,400.00. Bagi KRT yang aktif RM400.00 x 12 bulan sebanyak RM4,800.00. Bagi tahun ini setiap KRT akan mendapat RM500.00 sebulan x 12 bulan sebanyak RM6,000.00.

Ini adalah petikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 7 Oktober 2012.

GEORGE TOWN, Okt 7

Dengan kenaikan geran tersebut membolehkan sukarela RT menjalankan tugas dengan lebih efisen dan menambah penglibatan komuniti didalam aktiviti setempat. Dengan insentif ini diharap dapat mempertingkatkan penglibatan orang awam dalam keselamatan kejiranan. Yang penting dapat merapatkan kejiranan, keharmonian komuniti dan perpaduan di akar umbi.

Oleh itu Pegawai Perpaduan Daerah Bachok/Pasir Puteh mengharapkan agar semua KRT di Daerah Bachok dan Pasir Puteh dapat memainkan peranan sepertimana yang disarankan oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Khon, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN
  

PROGRAM JOM RONDA SRS DAERAH BACHOK



Pejabat JPNIN Bachok dan Jawatankuasa Penyelaras KRT Daerah Bachok telah mengadakan PROGRAM JOM RONDA SRS pada 21/10/2012 di SK Kolam. Antara aturcara yang diaturkan ialah Persembahan Dikir Barat, Penyampaian Hadiah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Bachok, Penyampaian Walkie Talkie, Perasmian Pusat Kawalan SRS KRT Kolam dan Program Ronda di sekitar Kg. Kolam serta lawatan ke Pusat SRS Kedai Menanti, Keting, Gunung, Kg. Rusa dan Kg. Rekang. Johan Pertandingan Jalur Gemilang ialah KRT Rusa, Naib Johan KRT Rekang dan Ketiga KRT Gunung. Program ini telah dirasmi oleh YBhg. Datuk Makhtar bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. Seramai 200 orang tetamu dan ahli SRS telah hadir pada malam tersebut.
PERKASA SRS MENJAMIN KESELAMATAN SETEMPAT.


BENGKEL PEMANTAPAN PENGERUSI KRT DAERAH BACHOK/PASIR PUTEH

Pejabat Perpaduan Daerah Bachok/Pasir Puteh dan Jawatankuasa Penyelaras KRT Daerah Bachok/Pasir Puteh telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pengerusi KRT Daerah Bachok/Pasir Puteh di D'Flora, Pulau Langkawi, Terengganu pada 5 - 7/10/2012. Seramai 37 Pengerusi KRT Bachok dan 22 Pengerusi KRT Pasir Puteh telah hadir pada bengkel tersebut. Seramai 5 orang fasilitator dari JPNIN Kelantan dan 2 orang penceramah telah dipanggil bagi memberi ceramah.

Objektif ialah

1. Mendedahkan pengerusi-pengerusi dengan pengendalian KRT secara berkesan
2. Mengeratkan hubungan sesama pemimpin utama KRT di Daerah Bachok dan Pasir Puteh
3. Membuka peluang kepada Jawatankuasa KRT menimba pengalaman disamping berkongsi pengalaman
4. Memberi maklumat kepada Jawatankuasa Induk KRT untuk mengendalikan KRT secara pengerusan betul

Pengisian Program

1. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
2. Ceramah
3. Riadah
4. Kerohanian

Bengkel ini dirasmikan oleh Puan Safidah bt. Abu Samah, Pengarah JPNIN Kelantan.