19 May 2010

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010










Gambar-Gambar Sekitar Sukaneka


Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan 2010 telah diadakan pada 29/5/2010 bertempat di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Dato' T.Murugaiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sambutan dimulakan dengan senamrobik, pertandingan gubahan, pertandingan masakan, menghias kek, futsal, karaoke lagu patriotik dan seterusnya acara sukaneka perpaduan. Antara acara sukaneka perpaduan ialah boling kelapa, terompah gajah, kaki hantu, rakit darat, penyelamat bomba, lari pelayan, lari bawa belon, lari dalam guni, pancing botol. Acara yang menarik ialah khas untuk Pengerusi KRT iaitu Suami mekap Isteri. Acara untuk VIP ialah tendang penalti ikut belakang.
Terdapat 2 KRT yang membuka gerai iaitu KRT Badak dan Kubang Telaga.
KRT yang terlibat dengan acara sukaneka adalah :

1. Gubahaan Kain Lepas danJalur Gemilang - KRT Teluk Mesira
2. Masakan Kueh Tradisional Ubi Kayu dan Menghias Kek - KRT Gunung
3. Futsal Jiran Muda - KRT Tok Jawa
4. Boling Kelapa - KRT Pantai Baru
5. Terompah Gajah - KRT Alor Ganu
6. Kaki Hantu - KRT Sg. Dua
7. Rakit Darat - KRT Seneng
8. Penyelamat Bomba - KRT Kubang Telaga
9. Lari Pelayan - KRT Kolam
10. Lari Bawa Belon - KRT Rusa
11. Lari Dalam Guni (Lelaki) - KRT Pengkalan Baru
12. Lari Dalam Guni (Wanita) - KRT Pantai Baru
13. Pancing Botol - KRT Tanjung Takang
14. Karaoke - KRT Beris Kubur Besar

09 May 2010

LAWATAN 1MALAYSIA PENGERUSI-PENGERUSI KRT NEGERI KELANTAN KE POST BROOKE GUA MUSANG

Masyarakat Orang Asli



Sukaneka Acara Menyumpit


Acara Sukaneka Membawa Belon



Rumah Masyarakat Orang Asli




Ucapan oleh En. Nazri bin Mohamad, PPD KB/Bachok/Pasir Puteh


Ucapan Pengerusi Penyelaras Program Hj. Jae Afandi, Pengerusi KRT Panji

Tiba di Perkampungan Orang Asli Kg. Jek Jok

Ucapan Penutup Oleh Tn. Hj. Ab. Hadi bin Mohd. Salleh
Pengarah JPNIN Kelantan

Tn. Pengarah sedang mencuba alat parut ubi kayu yang diperbuat dengan rotan

Penyelaras KRT Daerah Bachok bergambar kenangan dengan kanak-kanak
Orang Asli iaitu pelajar Sek. Keb. Post Brooke

Dimajlis sambutan

Suasana deretan kenderaan peserta konvoi


Bergambar kenangan di hadapan Bangunan KRT Bandar Gua Musang
bersama PPPD Bachok, Pn. Fazilawati Ibrahim

Bergambar kenangan bersama Penyelaras KRT Daerah Bachok


Persiapan menampal poster dikenderaan



KRT Panji dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Lawatan 1Malaysia Pengerusi-Pengerusi KRT Negeri Kelantan bersama Orang Asli di Kg. Jek Jok, Post Brooke, Gua Musang Kelantan pada 7 - 8 Mei 2010. Seramai 150 peserta dari 27 KRT telah berkonvoi ke sana dengan menggunakan kenderaan masing-masing.

Peserta konvoi bertolak dari Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dan tiba di Gua Musang jam 11.00 pagi. Peserta telah disambut oleh KRT Bandar Gua Musang dengan hidangan makan tengahari. Pada tengahari peserta bersembahyang Jumaat di Masjid Gua Musang. Peserta seterusnya berkonvoi ke Kg. Jek Jok, Post Brooke pada jam 2.30 ptg. dan tiba jam 4.00 ptg.

Disana peserta telah diberi sambutan oleh masyarakat Orang Asli dengan memberi sarungan tanjak kepada dan selendang yang dibuat daripada daun kelapa. Ianya satu tradisi masyarakat Orang Asli. Ianya juga diserikan dengan acara sukaneka bersama masyarakat Orang Asli.

Pada sebelah malam diadakan ceramah kesihatan dan kebudayaan. Pada keesokan pula majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah serta cenderahati berupa pakaian kepada masyarakat orang asli diadakan dan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ab. Hadi bin Mohd. Salleh, Pengarah JPNIN Kelantan.

Selepas majlis penutup, peserta berkonvoi ke Cameron Highland dan disambut oleh KRT disana dengan majlis minum petang. Bertolak balik jam 4.30 ptg.


Penyelaras KRT Daerah Bachok juga telah menghantar 8 peserta terdiri daripada Mohd. Amidi bin Ab. Razak, Pengerusi KRT Seneng, Saidi bin Harun Pengerusi KRT Beris Kubur Besar, Asli bin Mat Dris Pengerusi KRT Gunung, Mat Hassan bin Mat Nor Pengerusi KRT Pantai Baru, Zulkifli bin Mahmud Pengerusi KRT Tempoyak/Chat, Nik Kamaruzaman bin Taib T/Pengerusi KRT Gunung, Abdul Halim bin Noor Bendahari KRT Gunung dan Zamri bin Omar AJK KRT Gunung.