.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sukaneka Acara Menyumpit
.jpg)
Acara Sukaneka Membawa Belon
.jpg)
Rumah Masyarakat Orang Asli
.jpg)
Ucapan oleh En. Nazri bin Mohamad, PPD KB/Bachok/Pasir Puteh
.jpg)
Ucapan Pengerusi Penyelaras Program Hj. Jae Afandi, Pengerusi KRT Panji
.jpg)
Pengarah JPNIN Kelantan
.jpg)
Orang Asli iaitu pelajar Sek. Keb. Post Brooke
.jpg)
.jpg)
bersama PPPD Bachok, Pn. Fazilawati Ibrahim
.jpg)
.jpg)

KRT Panji dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Lawatan 1Malaysia Pengerusi-Pengerusi KRT Negeri Kelantan bersama Orang Asli di Kg. Jek Jok, Post Brooke, Gua Musang Kelantan pada 7 - 8 Mei 2010. Seramai 150 peserta dari 27 KRT telah berkonvoi ke sana dengan menggunakan kenderaan masing-masing.
Peserta konvoi bertolak dari Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dan tiba di Gua Musang jam 11.00 pagi. Peserta telah disambut oleh KRT Bandar Gua Musang dengan hidangan makan tengahari. Pada tengahari peserta bersembahyang Jumaat di Masjid Gua Musang. Peserta seterusnya berkonvoi ke Kg. Jek Jok, Post Brooke pada jam 2.30 ptg. dan tiba jam 4.00 ptg.
Disana peserta telah diberi sambutan oleh masyarakat Orang Asli dengan memberi sarungan tanjak kepada dan selendang yang dibuat daripada daun kelapa. Ianya satu tradisi masyarakat Orang Asli. Ianya juga diserikan dengan acara sukaneka bersama masyarakat Orang Asli.
Pada sebelah malam diadakan ceramah kesihatan dan kebudayaan. Pada keesokan pula majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah serta cenderahati berupa pakaian kepada masyarakat orang asli diadakan dan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ab. Hadi bin Mohd. Salleh, Pengarah JPNIN Kelantan.

Selepas majlis penutup, peserta berkonvoi ke Cameron Highland dan disambut oleh KRT disana dengan majlis minum petang. Bertolak balik jam 4.30 ptg.
Penyelaras KRT Daerah Bachok juga telah menghantar 8 peserta terdiri daripada Mohd. Amidi bin Ab. Razak, Pengerusi KRT Seneng, Saidi bin Harun Pengerusi KRT Beris Kubur Besar, Asli bin Mat Dris Pengerusi KRT Gunung, Mat Hassan bin Mat Nor Pengerusi KRT Pantai Baru, Zulkifli bin Mahmud Pengerusi KRT Tempoyak/Chat, Nik Kamaruzaman bin Taib T/Pengerusi KRT Gunung, Abdul Halim bin Noor Bendahari KRT Gunung dan Zamri bin Omar AJK KRT Gunung.
No comments:
Post a Comment