16 September 2019

Larian Amal dan Trekking Bukit Gunong

Larian amal n Trekking Bukit Gunong di rasmikan oleh Puan Norwahidah bt Zinalibdin, Pengarah JPNIN.
Turut d hadiri Tuan ASP Syeikh Mahmud bin Syeikh Ali mewakili Tuan OCPD Bachok juga Dr. Hanif bin Ismail, Pegawai Penyelaras Kospen Bachok, pelari dari dalam dan luar negeri, pelajar USM Fakulti Pergigian, Pelajar SMK Gunong, Skuad Uniti Bachok dan ahli KRT Gunong.
Kehadiran peserta hampir 500 orang yg mana peserta larian mencecah 300 orang lebih. Progrm larian mengelilingi Bukit Gunong dan trekking ini bermula pelepasan jam 8.30 pagi oleh Puan Pengarah JPNIN Kelantan.

Seminar Keselamatan dan Kejiranan Daerah Bachok 2019 dan Konvoi Sayangi MalaysiaKu Jom Ronda SRS Peringkat Negeri Kelantan

Seminar Keselamatan dan Kejiranan Daerah Bachok 2019 dan Konvoi Sayangi MalaysiaKu Jom Ronda SRS Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 14/9/2019 bertempat di Dataran Perahu, Pantai Irama Bachok.
Pelbagai pengisian telah diadakan antaranya:
~ Seminar Keselamatan dan Kejiranan
~ Pertandingan mewarna kanak kanak tabika perpaduan daerah Bachok.
~Demonstrasi tangkapan binatang berbisa oleh APM Bachok.
~ Penyerahan plat n jalur gemilang sempena Konvoi Sayangi MalaysiaKu; dan
~ Penyerahan peralatan kpd SRS Seneng geran G-KOM oleh Tuan DSP Nik Aminuddin bin Raja Abdullah, OCPD Bachok

Destinasi kami selepas majlis pelepasan di IPK adalah di Pantai Irama anjuran Perpaduan Bachok.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sejak dari pagi sementara menanti konvoi kami tiba. Antaranya seminar keselamatan kejiranan, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak Tabika Perpaduan dan demonstrasi pengendalian binatang berbisa oleh APM.
Tahniah buat JPKRT & warga kerja Bachok yg telah memberikan komitmen terbaik srbagai salah satu persinggahan team konvoi.

PROGRAM ZIARAH KASIH

Progrm Ziarah Kasih Aidil Adha bersama JPKRT Daerah Bachok ke rumah En Makhtar bin Awang atau lebih mesra dgn penggilan Pok Tar mantan Pengerusi KRT Pak Badol. Turut d hadiri Tn. Hj Nik Yusoff bin Nik Mat Pengerusi JPKRT Bachok, T. Hj. Mohd Radhuan bin Hamat, Timb. Pengerusi JPKRT Bachok serta rakan rakan dari KRT Bachok. Terima kasih semua sahabat yg menjayakan progrm pagi ini.






SKUAD UNITI DAERAH BACHOK

Mesyuarat Skuad Uniti Bachok pada 26 Jun 2019 d Pejabat Perpaduan Bachok di mulai dengan taklimat oleh En. Faizul bin Fauzi pegawai TEKUN Daerah Bachok memberikan penerangan berkaitan pinjaman TEKUN. Semoga penerangan yang diberi dapat membantu ahli Skuad Uniti dalam meneruskan perniagaan dan menyebarluas kepada rakan-rakan di luar sana fungsi TEKUN. Inilah sebahagian dari bakti Skuad Uniti Bachok untuk masyarakat.





Program Jalinan Kasih Peringkat Zon Timur

Program Jalinan Kasih Peringkat Zon Timur bersama YB Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara & Kesejahteraan Sosial) telah diadakan pada 22/6/2019 di Perkarangan Pejabat Perpaduan Daerah Bachok.
Jutaan terima kasih kepada seluruh warga JPKRT Daerah Bachok, SRS, Skuad Uniti Bachok, Guru dan Penolong Guru Daerah Bachok dan seluruh masyarakat setempat yang hadir & menjayakan program hari ini.










Dalam majlis ini, YB Timbalan Menteri, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik turut menyampaikan sijil & sumbangan dari Jabatan sebagai tanda penghargaan kepada seorang anggota SRS dari KRT Seneng, Perpaduan Bachok, Encik Mohd Faizul Bin Awang Teh.
Beliau telah menyelamatkan 3 dari 4 orang kanak-kanak yang sedang membantu rakan mereka lemas akibat tergelincir di tali air.

Pada masa yang sama, pihak kami turut menjemput wakil keluarga korban lemas, iaitu Ibu mangsa untuk menerima sumbangan ikhsan dari Jabatan & semoga ia sedikit sebanyak meringankan beban keluarga.
Salam takziah dari kami Perpaduan Kelantan atas pemergian arwah adik Muhamad Syahmi bin Abdul Rashid.
Al-Fatihah



07 June 2016

KURSUS SKUAD UNITI

Pada 28/5/2016 bertempat di Pejabat Perpaduan Daerah Bachok diadakan Kursus Skuad Uniti - Persediaan Untuk Menjadi Penyelamat. Seramai 30 peserta dari KRT Daerah Bachok telah mengambil bahagian. Kursus dirasmi oleh En. Nazri bin Mohamed, Pegawai Perpaduan Daerah KB/BCK/PP. Turut sama dalam kursus ini ialah pegawai-pegawai JPAM Bachok. Cara-cara menyelamat telah diadakan di Pantai Irama Bachok.

PROGRAM GERAK PADU RUKUN TETANGGA DAERAH BACHOK 2016