16 September 2019

Program Jalinan Kasih Peringkat Zon Timur

Program Jalinan Kasih Peringkat Zon Timur bersama YB Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara & Kesejahteraan Sosial) telah diadakan pada 22/6/2019 di Perkarangan Pejabat Perpaduan Daerah Bachok.
Jutaan terima kasih kepada seluruh warga JPKRT Daerah Bachok, SRS, Skuad Uniti Bachok, Guru dan Penolong Guru Daerah Bachok dan seluruh masyarakat setempat yang hadir & menjayakan program hari ini.










Dalam majlis ini, YB Timbalan Menteri, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik turut menyampaikan sijil & sumbangan dari Jabatan sebagai tanda penghargaan kepada seorang anggota SRS dari KRT Seneng, Perpaduan Bachok, Encik Mohd Faizul Bin Awang Teh.
Beliau telah menyelamatkan 3 dari 4 orang kanak-kanak yang sedang membantu rakan mereka lemas akibat tergelincir di tali air.

Pada masa yang sama, pihak kami turut menjemput wakil keluarga korban lemas, iaitu Ibu mangsa untuk menerima sumbangan ikhsan dari Jabatan & semoga ia sedikit sebanyak meringankan beban keluarga.
Salam takziah dari kami Perpaduan Kelantan atas pemergian arwah adik Muhamad Syahmi bin Abdul Rashid.
Al-Fatihah



No comments: