28 July 2009

AKTIVITI KRT SENENG

Untuk melihat segala maklumat KRT Seneng boleh layari http://krtseneng.blogspot.com.

AKTIVITI KRT PAUH LIMA

Majlis Penyampaian Cek

Satu majlis penyampaian cek Insuran Takaful berjumlah RM19,000.00 kepada mangsa kemalangan iaitu En. Rusli bin Sidi Ahmad, AJK KRT Pauh Lima pada 25/7/2009 dirumah beliau. Cek disampaikan oleh Tn. Hj. Abd. Hadi bin Md. Salleh, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan. Turut hadir ialah En. Nazri bin Mohamad, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; En. Hashim bin Mohamad, Pen. Peg. Perpaduan Daerah Bachok; dan Pn. Wani Wakil Insuran Takaful.
En. Mat Yasin bin Deraman, Pengerusi KRT Pauh Lima mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana menjayakan majlis tersebut terutama Pengarah JPNIN Kelantan kerana dapat meluangkan masa menyampaikan cek dan melawat mangsa kemalangan. Jawatankuasa Penyelaras RT Bachok mendoakan agar En. Rusli dapat sembuh secepat mungkin dan dapat memberi khidmat kepada RT. Insyaallah.