07 April 2010

ROAD SHOW AJK PENYELARAS KE KRT





PROGRAM ROAD SHOW KE KRT PAK BADOL
Pada 4/4/2010 AJK Penyelaras telah membuat Road Show ke KRT Pak Badol sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat untuk memantauan KRT-KRT di daerah Bachok berkaitan SRS, pengurusan dan kewangan. Langkah ini diambil bagi memastikan KRT di Daerah Bachok mencapai piawaian yang ditetapkan oleh JPNIN Kelantan. Bagi buat pemulaan KRT Pak Badol dipilih sebagai destinasi pertama Penyelaras KRT Daerah Bachok yang diketuai oleh Penyelaras Program iaitu En. Asli bin Mat Dris, Pengerusi KRT Gunung.
Majlis dimulakan dengan ucapan Penyelaras Program berkaitan tujuan program ini diadakan. Selepas itu disusuli oleh En. Dzolkifli, Setiausaha, berkaitan pengurusan KRT, En. Saidi, Bendahari, berkaitan urusan kewangan dan En. Amidi, P/Setiausaha, berhubung SRS dan penggunaan radio.
Seramai 40 ahli KRT/SRS telah hadir dalam majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan ucapan En. Mokhtar bin Awang, Pengerusi KRT Pak Badol.
Majlis seumpama ini akan diteruskan lagi di KRT-KRT lain di daerah Bachok. Pada 10/4/2010 majlis Road Show ini akan diadakan di KRT Seri Bayu.

AKTIVITI KRT SG. DUA








PERASMIAN KELAS TABIKA PERPADUAN

Pada 31/3/2010 Majlis Perasmian Kelas Tabika Perpaduan Sg. Dua telah berlangsung. Majlis ini dirasmikan oleh YABrs. Tn. Hj. Abd. Hadi bin Mohd. Salleh, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan. Turut hadir ialah En. Nazri bin Mohamad., Pegawai Perpaduan Daerah Kota Bharu/Bachok/Pasir Puteh, Pn. Fadzilawati bt. Ibrahim, Penolong Pegawai Perpaduan Bachok, Hj. Mohamad bin Deraman, Pengerusi KRT Sg. Dua, Pengerusi KTP Sg. Dua, Imam Masjid Mukim Melawi, Guru Tabika, ibu bapa dan penduduk sekitar Sg. Dua. Seramai 100 orang hadir bagi memeriahkan majlis.

Majlis ini bermula jam 8.00 pagi dengan gotong royong memasak gulai kawah untuk hidang jemputan. Sambil menanti majlis perasmian, majlis diserikan dengan bacaan Al-Quran oleh Imam 2 Masjid Mukim Melawi dan tazkiran oleh Imam 1 Masjid Mukim Melawi.

Jam 10.00 pagi majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah JPNIN Kelantan. Sebelum itu majlis dipersembahkan dengan persembahan kanak-kanak.

Majlis berakhir dengan selawat dan jamuan makan tengahari.