Pejabat JPNIN Bachok dan Jawatankuasa Penyelaras KRT Daerah Bachok telah mengadakan PROGRAM JOM RONDA SRS pada 21/10/2012 di SK Kolam. Antara aturcara yang diaturkan ialah Persembahan Dikir Barat, Penyampaian Hadiah Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Bachok, Penyampaian Walkie Talkie, Perasmian Pusat Kawalan SRS KRT Kolam dan Program Ronda di sekitar Kg. Kolam serta lawatan ke Pusat SRS Kedai Menanti, Keting, Gunung, Kg. Rusa dan Kg. Rekang. Johan Pertandingan Jalur Gemilang ialah KRT Rusa, Naib Johan KRT Rekang dan Ketiga KRT Gunung. Program ini telah dirasmi oleh YBhg. Datuk Makhtar bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. Seramai 200 orang tetamu dan ahli SRS telah hadir pada malam tersebut.
PERKASA SRS MENJAMIN KESELAMATAN SETEMPAT.
No comments:
Post a Comment