Semasa bercakap kepada pemberita di USM ketika Taklimat Akta Rukun Tetanga 2012, Tan Sri Dr. Koh Tsu Khon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu bahawa elaun RT sebanyak RM200.00 dinaikkan kepada RM500.00.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah geran dan bukannya elaun. Kalau dahulu RM200.00 x 12 bulan sebanyak RM2,400.00. Bagi KRT yang aktif RM400.00 x 12 bulan sebanyak RM4,800.00. Bagi tahun ini setiap KRT akan mendapat RM500.00 sebulan x 12 bulan sebanyak RM6,000.00.
Ini adalah petikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 7 Oktober 2012.
GEORGE TOWN, Okt 7
Dengan kenaikan geran tersebut membolehkan sukarela RT menjalankan tugas dengan lebih efisen dan menambah penglibatan komuniti didalam aktiviti setempat. Dengan insentif ini diharap dapat mempertingkatkan penglibatan orang awam dalam keselamatan kejiranan. Yang penting dapat merapatkan kejiranan, keharmonian komuniti dan perpaduan di akar umbi.
Oleh itu Pegawai Perpaduan Daerah Bachok/Pasir Puteh mengharapkan agar semua KRT di Daerah Bachok dan Pasir Puteh dapat memainkan peranan sepertimana yang disarankan oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Khon, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN