05 June 2010

KEM KEMBAR PADU ANAK MALAYSIA PERINGKAT DAERAH BACHOK












Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kota Bharu/Bachok/Pasir Puteh telah menganjurkan Program Kem Kembar Padu Anak Malaysia Peringkat Daerah Bachok pada 4 - 7 Jun 2010 bertempat di Permai Chalet, Bachok, Kelantan. Peserta terdiri dari kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun.

Pada tahun ini hanya 7 KRT di Daerah Bachok diberi peluang untuk mnghantar kanak-kanak tersebut. Seramai 5 orang kanak-kanak setiap KRT terlibat. Seramai 40 peserta kesemuanya. Pendaftaran bermula pada 4/6/2010 jam 2.30 petang dan berakhir pada 7/6/2010 jam 12.00 tengahari. Majlis penutup akan disempurnakan oleh Tn. Hj. Abdul Hadi bin Mohd. Salleh, Pengarah JPNIN Kelantan.